Kementerian pendidikan akan menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti punca penurunan prestasi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas dalam mata pelajaran Matematik.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, kajian itu akan meliputi peranan guru yang mengajar serta kandungan mata pelajaran berkenaan.