Lima remaja lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 141.9 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran kawasan rehat dan rawat juru kira-kira jam 10 malam tadi.
Dalam kejadian itu, kereta jenis Hyundai yang dinaiki lima sahabat itu remuk teruk selepas terbabas dan merempuh beberapa batang pokok.