Susulan laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini, pihak kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara bagi menyiasat serta mengambil tindakan ke atas salah laku penjawat awam. Ini selaras dengan transformasi negara bagi meningkatkan penyampaian sistem perkhidmatan awam serta mengukuhkan pengurusan fiskal.