Jenazah pelajar Malaysia yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jordan, Sumaiyah Romli, selamat disemadi di tanah perkuburan islam Al-Bukhary, Jalan Langgar, Alor Setar, awal pagi tadi. Pengkebumian dijalankan sejurus jenazah tiba di kediaman keluarganya dari lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.