Kajian semula dasar automotif untuk tingkat industri motosikal

2017-12-06 2

Kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) yang diumumkan pada 2009, menjadi faktor penting dalam menggalakkan semula syarikat motosikal antarabangsa untuk beroperasi di negara ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata langkah berkenaan sekaligus membantu meningkatkan pengeluaran industri motosikal.