"Bagi aku dua saat, wahai encik Djebour, wartawan kebangsaan, anda ini memang musuh pasukan negara".
Itu kata-kata jurulatih pasukan bola sepak Algeria kepada seorang wartawan yang bertanyakan mengenai pretasi pasukan Algeria dan kegagalan mereka ke Piala Dunia 2018.
Rabah Madjer ternyata hilang sabar dengan soalan itu dan terus memarahi wartawan terbabit.
Pergaduhan berlarut apabila Rabah mengatakan wartawan terbabit harus berhenti dan membiarkan generasi muda membuat kerja beliau.
Rakaman Rabah pada sidang media tegang itu menjadi tular dan mendapat reaksi pelbagai pihak terutama para wartawan dengan kelakuan jurulatih berkenaan.