Tamat, itu takdir yang menimpa pasukan Harimau Malaya dalam saingan kelayakan Piala Asia 2019 selepas tewas kali kedua kepada Korea Utara 4-1.
Stadium I-Mobile menjadi saksi terkuburnya perjuangan Malaysia dengan kekal dikedudukan tercorot Kumpulan B dengan hanya satu mata selepas lima perlawanan.
Bakal menentang Lubnan pada 27 Mac tahun hadapan hanya sekadar perlawanan pelengkap buat pasukan Malaysia.