Tewas kepada Korea Utara 4-1, Harimau Malaya bertarung lagi malam ini

2017-11-13 1

Skuad kendalian Nelo Vinganda, tewas 4-1 dalam saingan Piala Asia Kumpulan B, kepada Korea Utara pada Jumaat lalu.

Pertembungan Harimau Malaya-Korea Utara berlangsung di Stadium Buriram Thailand.

Korea Utara dihadapan pada minit ke-11 oleh Pak Kwang Ryong melalui jaringan penalti setelah terkena tangan kapten pasukan Fadhli Shas.

Gol kedua Korea Utara pada minit ke 42 hadir dengan jaringan Kim You Song sebelum permainan tamat babak pertama.

Korea Utara terus menambah tekanan kepada Harimau Malaya dengan dua jaringan masing-masing menerusi Kim Yong Il minit ke-48 serta Jong Il Gwan minit ke-59.

Manakala gol Harimau Malaya dijaringkan pemain gantian Safawi Rashid pada minit ke-66.

Kekalahan ini sekaligus menyaksikan peluang Harimau Malaya layak saingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu UAE semakin tipis dengan menghuni tangga tercorot kumpulan B dengan 1 mata setakat 4 perlawanan.

Skuad Harimau Malaya bakal bertemu lagi dengan Korea Utara pada malam ini di venue yang sama.

Malaysia sebelum ini tewas 1-2 kepada Lubnan (13/6), seri 1-1 Hong Kong (5/9), tewas 2-0 kepada Hong Kong (10/10) dan terbaharu kalah 4-1 kepada Korea Utara.