Search keluar album baru, pertama sejak 2006

2017-11-06 153

Search mengeluarkan album terbarunya "Katharsis" yang memuatkan 10 lagu selepas 11 tahun menyepi yang dijangka berada di pasaran hujung bulan ini.

Mahu mengubati rindu peminat album terbitan M.Nasir yang turut memuatkan single "Sidang Kangaroo" ini diharapkan mampu memenuhi citarasa tiga generasi.

Vokalis Amy Search berharap pembaharuan yang diserap melalui album ke-12 ini akan diterima peminatnya.

"Album ini istimewa dan untuk tiga generasi. Sebenarnya ini adalah perjalanan baru bagi peminat yang mendengar.

"Mungkin peminat lama fikir lagu ini terlalu moden. Kita tak mahu berada di takuk lama. Kita teroka benda baru," kata penyanyi yang lebih tiga dekad bertapak dalam industri hiburan itu.

Vokalisnya, Amy juga turut memberi bayangan Katharsis mungkin album terakhir yang mungkin dihasilkan kumpulan berkenaan.

Album ini turut mendapat kerjasama dengan S. Amin Shabab, Usop dan Buddhi Hekayat bagi penulisan lirik.

Artikel: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/21144/