Secara rasmi Sergio Aguero kini pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester City selepas meledak satu gol untuk aksi bertemu Napoli awal pagi tadi.
Aksi peringkat kumpulan F Liga Juara Juara menemukan Manchester City dan Napoli dan berakhir dengan keputusan 4-2.
Pengendali City, Pep Guardiola menggambarkan Aguero sebagai 'legenda' dan berkata pemain itu layak menikmati saat ini.