Setelah lima tahun berkenala di Liga Perdana, skuad Kuala Lumpur akhirnya kembali ke Liga Super untuk musim 2018.
The city boys jolokan buat pasukan Kuala Lumpur mengadakan majlis penyampaian trofi dan hadiah semalam di Menara Seri Wilayah, Putrajaya.
Namun ada terselit kisah sedih buat Kuala Lumpur apabila perarakan membawa trofi mereka tidak gemilang.
Perarakan sekitar Kuala Lumpur melalui Jalan Bukit Bintang, Jalan Ampang, dan Jalan Raja Laut semalam hambar tanpa ada sorakan peminat the city boys itu.
Menerusi siaran langsung melalui laman Facebook 'Kuala Lumpur The City Boys' sorakan hanya dari pemain dan pihak pengurusan.
Ini perarakan paling hambar kerana tiada seorang pun penyokong hadir memberi sokongan.
Netizen yang menyaksikan siarang langsung menerusi Facebook memberi reaksi yang rata-rata kesian dengan keadaan itu.
Ada juga yang mengatakan sepatutnya ia diadakan ketika hari cuti bukannya pada siang hari Selasa yang sudah tentu orang ramai bekerja.