AFC B19: 2 Jaringan lawa, Malaysia menang 3-1

2017-10-31 8,265

Skuad kendalian Bojan Hodak tidak mempunyai masalah untuk menewaskan pasukan Timor Leste dalam aksi kelayakan Kejuaraan AFC sebentar tadi.

Pasukan bawah 19 tahun negara mencatat kemenangan 3-1 hasil jaringan pada minit ke-52, 67 dan 77.

Malaysia bergelut untuk menjaringkan gol pada babak pertama biarpun beberapa kali mempunyai peluang.

Namun babak kedua Malaysia bangkit dan Hadi Fayyadh Abdul Razak membuka jaringan Malaysia menerusi tandukan yang terhasil dari sepakan percuma.

15 minit berlalu pemain Nik Akif Syahiran Nik Mat meledak gol cantik dengan sepakan deras ke pintu gol lawan selepas mendada bola muntah dari rakan pasukan.

Gol ketga jaringan Zahir Yusoff dari luar kotak penalti dengan satu rembatan kaki kanan deras menewaskan penjaga gol Timor Leste untuk keputusan penuh 3-1.