Pemain kebangsaan Ghana 'mengamuk' apabila pengadil membatalkan jaringan minit akhir bertemu Uganda semalam.
Perlawanan itu berakhir 0-0 selepas pengadil Daniel Bennett serta pembantunya Eldrick Adelaide dan Steve Marie membatalkan gol Ghana yang dikatakan 'offside'.
Ulang tayang perlawanan menunjukkan gol itu adalah satu jaringan yang sempurna.
Persatuan Bola Sepak Ghana telah membuat bantahan kepada FIFA sejurus perlawanan ditamatkan.
Keputusan seri ini meletakkan Ghana hampir pasti gagal mara ke Piala Dunia Rusia.
Jika gol itu disahkan, Ghana berada di tangga teratas kumpulan E dengan kelebihan gol walaupun perbezaan jaringan dengan Mesir adalah sama.