'Kad merah dan penalti keputusan tepat'

2017-09-07 2,601

Kontroversi keputusan pengadil dari Australia, Christopher James Beath ketika aksi kelayakan Piala Asia 2019 kelmarin adalah tepat.

Bekas pengadil, Subkhid­din Mohd Salleh percaya keputusan Beath termaktub dalam undang-undang bola sepak antarabangsa.

Beath melayangkan kad merah kepada dua pemain Malaysia, Rizal Ghazali dan Aidil Zafuan pada penghujung babak kedua Malaysia bertemu Hong Kong.

Rizal menerima kad kerana masuk semula ke padang tanpa kebenaran manakala Aidil dilayangkan kad kuning kedua selepas membuat bantahan dan adanya sentuhan fizikal terhadapa pengadil.

Untuk penalti pula Subkhiddin berkata Penalti keputusan yang betul memandangkan pemain negara (Akram Mahinan) menghalang peluang gol oleh penyerang lawan di dalam kotak penalti.

Tindakan Beath tepat apabila tidak me­layangkan sebarang kad kepada pemain tersebut berdasarkan undang-undang terbaharu FIFA.