Penonton akhir bola sepak merusuh beli tiket

2017-08-28 86

Ribuan penyokong bola sepak yang menunggu sejak jam 3 pagi di Stadium Malawati, Shah Alam bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea menentang Thailand bertindak di luar jangkaan apabila pihak penganjur menutup kaunter jualan.

Malah tindakan penganjur yang hanya membuka kurang 10 kaunter jualan tiket berbanding 20 sebagaimana yang dijanjikan penganjur sebelum ini menaikkan lagi kemarahan mereka.

Kira-kira jam 1 petang, mereka mula bertindak liar apabila cuba merempuh pagar di kaunter jualan dan sehingga kini keadaan masih tegang kerana penyokong enggan berganjak dan menjerit di luar kaunter terbabit dan meminta ia dibuka semula.

Cerita penuh: http://bit.ly/2ghisGi

Website: https://www.themalaysianinsight.com
Facebook: https://www.facebook.com/themalaysianinsight
Twitter: https://www.twitter.com/msianinsight/
Instagram: https://www.instagram.com/msianinsight/