Tegang! suasana di Stadium Shah Alam apabila sebahagian penyokong bola sepak tidak berpuasa hati apabila hanya beberapa kaunter dibuka untuk penjualan tiket.
Mereka tidakberpuas hati kerana pengurusan berjanji membuka 20 kaunter untuk penjualan namun tidak berlaku.
Para penyokong yang masih tidak memiliki tiket tidak mahu bersurai memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah ke stadium untuk membantu mngawal dan menyusun semula kaedah penjualan tiket.
Penjualan tiket terhenti selama sejam telah dbuka semula. Bagaimanapun jualan tiket terhad kepada dua keping untuk setiap orang.
Lima kaunter dibuka dan 2,000 tiket dijual untuk setiap kaunter. Dilaporkan 20,000 tiket sudah habis terjual setakat ini.