Gelagat peminat dapatkan tiket final bola sepak Sukan Sea 2017

2017-08-28 2,675

Sempena perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2017, Malaysia menentang Thailand pada Selasa, 29 Ogos 2017.

Stadium Shah Alam dibanjiri ribuan penyokong bola sepak untuk mendapatkan tiket yang mula dibuka sejak 11 pagi tadi.

Ada penyokong yang bermalam di luar stadium sejak malam semalam dan sanggup berbaris panjang bagi memastikan tidak terlepas peluang menyaksikan perlawanan bagi ibu segala pingat itu.

KiniTV menyiarkan rakaman dan gambar yang dikongis para penyokong bola sepak suasana dan aksi para penyokong demi mendapatkan tiket perlawanan tersebut.