Protes pengadil, regu Indonesia keluar gelanggang

2017-08-21 3

ndonesia mengambil pendirian drastik dengan menarik diri daripada meneruskan perlawanan set kedua acara antara regu sepak takraw wanita menentang Malaysia pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Tertutup Titiwangsa di Kuala Lumpur, malam semalam.

Insiden tersebut berlaku sebagai tanda bantahan jurulatih Indonesia terhadap keputusan pengadil Singapura, Mohd Radhi Che Mei membatalkan empat servis yang dilakukan oleh perejam Lena ketika mendahului set kedua dengan 16-10.

TIndakan Indonesia itu memberi kemenangan secara pembatalan 2-0 kepada Malaysia selepas pasukan tuan rumah menang set pembukaan dengan keputusan 22-20.

Pengadil membatalkan servis yang dilakukan oleh Lena kerana dikatakan melakukan kesalahan mengangkat kaki kiri ketika melakukan servis buat kali keempat.

Tindakan itu lantas tidak disenangi jurulatih republik itu, Asry Syam, yang terus meluru masuk ke gelanggang dan membuat isyarat tangan bagi memberhentikan perlawanan.

Free Traffic Exchange