Skuad Bawah 22 tahun negara (B-22), memperoleh tiga mata penting dalam aksi peringkat kumpulan A Sukan Sea 2017 malam tadi.
Skuad B-22 mengatasi Brunei 2-1 hasil jaringan Safawi Rashid dan Adam Nor Azlin.
Skuad negera bermula garang dengan gol seawal minit ke-4, namun Brunei menyamakan kedudukan menerusi Zulkhairy Hady pada minit ke-12.
Adam membuatkan skuad negara lega dengan gol kedua menerusi tandukan hasil dari sepakan sudut Safawi Rashid pada minit ke-59.