Real Madrid berjaya mengalahkan Barcelona 3-1 pada aksi pertama Piala Super Sepanyol awal pagi tadi.
Perlawanan berlangsung penuh drama dihiasi jaringan sendiri, layangan kad merah dan sepakan penalti.
Gerard Pique menjaringkan gol sendiri pada minit ke-50 permainan sebelum Lionel Messi memadamkan jaringan itu dengan sepakan penalti pada minit ke-77.
Cristiano Ronaldo yang masuk sebagai pemain gantian dilayangkan dua kad kuning kurang tiga minit selepas meledak gol pada minit ke -80.
Tanpa Ronaldo yang dilayangkan kad merah kerana mengutip dua kad kuning, Real melebarkan jaringan menerusi Marco Asensio pada minit ke-90.