Melambung...motosikal rempuh kereta rosak di lebuhraya

2017-07-27 15

Dua sahabat cedera parah apabila motosikal berkuasa tinggi terlanggar sebuah kereta yang dirosak sehingga melambung di Lebuhraya Seletar, Singapura pada Isnin lalu.

Video kejadian yang berlaku pada 10.30 pagi itu tular di media sosial.

Menurut laporan yang dipetik Straits Times Singapore, kedua-dua mangsa pada awalnya dilihat berada di laluan kiri sebelum menukar laluan paling kanan.

Ketika itu, sebuah kereta berwarna putih berhenti di laluan itu dipercayai rosak menyebabkan penunggang motosikal terbabit gagal mengelak lalu merempuh belakang kenderaan berkenaan.

Akibat rempuhan kuat, pembonceng motosikal terbabit melambung ke udara dan tercampak beberapa meter dari tempat kejadian.

Kedua-dua mangsa kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Khoo Teck Puat untuk rawatan lanjut.

Terdahulu kedua-dua rakaman dari pandangan hadapan dan belakang itu dirakam oleh saksi kejadian dikenali sebagai Manster Wirman menggunakan 'dashcam' kenderaannya.