Kerana telefon bimbit, wanita maut jatuh tangga

2017-07-19 19

Seorang wanita muda maut selepas terjatuh dari tangga ekoran terlalu sibuk dengan telefon bimbitnya.

Memetik laporan media tempatan, kejadian itu berlaku di Wilayah Anhui, Suzhou di China.

Kejadian tragis itu dirakam kamera litar tertutup di kawasan tersebut.

Video yang tular itu memaparkan wanita itu menuruni tangga sambil memberi tumpuan pada telefon bimbitnya.

Wanita itu kemudian tersungkur lalu jatuh beberapa anak tangga hingga tersembam ke lantai jalan.

Dia yang dirawat di hospital kemudian meninggal dunia keesokan harinya akibat kecederaan serius di kepada dan muka.

Memetik laporan itu, kemalangan yang melibatkan telefon bimbit meningkat sejak akhir-akhir ini, terutamanya di China.