'Biarlah orang kata nak menunjuk tapi hakikatnya...'

2017-07-06 5,196

Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida tidak mempeduli kritikan sesetengah pihak yang melabelnya 'suka menunjuk-nunjuk' kekayaan kerana ia adalah hasil titik peluhnya bekerja siang dan malam.

Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu berkata hasil titik peluhnya itu diiringi selawat dan berdoa tanpa putus asa kepada Allah S.W.T.

"Maka sayang akan dapat apa yang sayang inginkan.

"Jangan kata saya riak atau takbur, tapi saya memang macam itulah, tamak dunia dan akhirat," katanya sambil menukar beg duit baru yang baru dibeli selepas 'shopping' di salah sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Video tersebut dimuat naik Siakapkelisa di Facebook.

Dalam video tersebut, dapat dilihat hasil kemewahan hiasan dalaman yang berada di dalam rumah Datuk Seri Vida seperti set kerusi meja makan, perabut dan aksesori barangan berjenama.

Antara beberapa barangan berjenama 'limited edition' yang diperagakan adalah seperti beg tangan, cermin mata, jam tangan, minyak wangi dan pakaian.

Di akhir video, Datuk Seri Vida berpesan kepada orang ramai agar rajin bekerja mencari duit dengan menjadi agen Millenia.

Free Traffic Exchange