Seorang wanita yang tidak dikenali dilaporkan cedera apabila dilanggar sebuah motorsikal ketika berbaris panjang menunggu giliran untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan Aidilfitri di Seri Perdana di Putrajaya, pagi ini.
Wartawan Malaysiakini yang berada di tempat kejadian mendapati wanita itu terbaring di lantai sambil dikipas oleh mereka yang berada di sekelilingnya.
Padamulanya, adalah dipercayai wanita berkenaan mungkin pengsan akibat cuaca panas ketika beratur.
Walau bagaimanapun, rakan yang membantu mangsa ketika ditanya, mendakwa, wanita itu dilanggar oleh sebuah motosikal ketika berbaris, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.