Masjid Jamek by any other name

2017-06-23 156

Dengan kedudukan yang berada di tengah antara Sungai Klang dan Sungai Gombak, boleh dikatakan Masjid Jamek Kuala Lumpur menjadi sebahagian daripada nadi pembangunan ibu kota.

Walau begitu, nama Masjid Jamek Kuala Lumpur mungkin cuma akan tinggal dalam rakaman memori kerana bangunan berusia 108 tahun itu bakal ditukar namanya.

Proses pengubahsuaian itu merupakan sebahagian diantara projek River of Life (ROL) atau Sungai Nadi Kehidupan bernilai RM4 bilion yang dilancarkan Perdana Menteri Najib Razak pada 2011 bertujuan mengubah wajah sungai Lembah Klang.

Menerusi projek ROL atau Projek Permulaan di bawah Greater Kuala Lumpur/Klang Valley Sungai Klang dan Gombak bukan saja akan dibersihkan dan diindahkan malah ia juga bakal dijadikan sebagai salah satu pusat rekreasi di tepi sungai.

Projek ROL itu melibatkan 11 presint termasuk Masjid Jamek yang akan dinaiktaraf sepanjang 10.7 kilometer di Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Artikel penuh: http://bit.ly/2sxTMgd

Website: www.themalaysianinsight.com
Facebook: www.facebook.com/themalaysianinsight/
Twitter: www.twitter.com/msianinsight/
Instagram: www.instagram.com/msianinsight/

Free Traffic Exchange