Kecoh di media sosial bahawa bermula 1 Julai ini, lebih 60 jenis barangan makanan akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Akhbar The Star melaporkan perkara itu disahkan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy.
Katanya, pelaksanaan itu dibuat bagi beberapa barangan yang jarang digunakan oleh orang ramai.
Susulan berita tersebut mengundang kritikan orang ramai, hari ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia tampil mengumumkan pembatalan pelaksanaan cukai barangan tersebut.
KiniTV cuba mendapatkan reaksi orang ramai mengenai isu ini. Apa kata mereka?