Pangsapuri 27 tingkat terbakar di London

2017-06-14 2

Sebuah pangsapuri setinggi 27 tingkat di barat London terbakar dalam kejadian awal pagi Rabu, dengan api marak dapat dilihat dari tingkat dua sehingga bahagian atas bangunan, lapor agensi berita China Xinhua, memetik kenyataan pasukan Bomba dan Penyelamat London.

Ramai mangsa dikhuatiri terperangkap dalam kebakaran di bangunan pangsapuri dikenali sebagai Menara Grenfell yang dibina tahun 1970 itu memandangkan kebakaran berlaku ketika kebanyakan penghuninya sedang tidur.

Laporan berhubung kejadian diterima pukul 1.16 pagi waktu tempatan (00:16 GMT)

Polis Metropolitan menerusi Twitter mengarahkan orang ramai mengelak daripada menghampiri bangunan berkenaan dan usaha menyelamat kini sedang dijalankan.

Seramai 200 anggota bomba dan penyelamat dibantu 40 jentera bertungkus lumus memadamkan api yang marak.

Setakat ini, dua mangsa dilaporkan menerima rawatan akibat terhidu asap.

Free Traffic Exchange