Seramai enam orang maut dan 81 lagi cedera dalam kemalangan nahas lima buah bas di Lebuhraya Madinah-Qassim pada Jumaat lalu.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Qassim, Abdulaziz Al-Tamimi, nahas tersebut berlaku berhampiran jambatan Saqryat Qabra berdekatan Jamal Tamiah, 225 km dari pusat Buraidah.
Kesemua mangsa yang maut dipercayai warganegara Bangladesh, India dan lain-lain.
Kelima-lima bas yang terlibat dalam kemalangan itu membawa seramai 200 penumpang.
Menurut saksi, kemalangan tersebut berpunca daripada cuaca yang buruk sekaligus mengganggu jarak penglihatan.