Pilihan raya kecil Pujut bakal diadakan tidak lama susulan wakil rakyat DAP, Ting Tiong Choon (DAP-Pujut) dilaporkan dipecat selepas usul untuk melucutkan keanggotaaannya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, dibentangkan hari ini.
See Hua Online melaporkan bahawa usul itu diluluskan menerusi pengundian yang menyaksikan 70 wakil rakyat menyokong penyingkiran Ting manakala 10 yang lain menentangnya.
Ini susulan selepas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh (BN - Bawang Assan) memiliki kewarganegaraan Australia dan seterusnya mengemukakan usul itu terhadapnya.
Beliau dilaporkan memetik Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak-hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.
Katanya, Ting didaftarkan sebagai pengundi di Australia dan berikrar taat setia kepada negara di luar Persekutuan Malaysia.
Wong juga mendakwa pemimpin DAP itu memperolehi kewarganegaraan Australia pada 20 Januari 2010.
Katanya, Ting telah dua kali diisytiharkan muflis di Australia, dan Ting tidak berkelayakan, tidak sesuai, dan tidak boleh dipercayai sebagai ADUN.
Calon BN Pujut yang tewas kepada Ting, Hii King Chiong sebelum ini memfailkan petisyen pilihan raya terhadap kemenangan DAP itu, tetapi Mahkamah Pilihan Raya menolak kes itu atas alasan teknikal tahun lalu.
http://www.kinitv.com/video/48152O74 - ADUN DAP Pujut hilang kerusi
Sementara itu, pada sidang akhbar yang disiarkan di laman Facebook DAP Sarawak, Ting berkata beliau melepaskan kerakyatan Australia selepas dirinya direkrut oleh Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) untuk kembali ke Malaysia.