Gonzalo Higuain meledak dua gol membantu pasukannya Juventus membenam Monaco 2-0 awal pagi tadi dalam aksi separuh akhir Liga Juara Juara Eropah 2017.
Aksi berbalas serangan dipamerkan kedua pasukan namun Juventus berjaya membuka jaringan menerusi Higuain pada minit ke-29 perlawanan berpunca dari gerakan Dani Alves yang masuk ke kotak penalti sebelum membuat 'backheel' dan disambar Higuain.
Juventus membuktikan bahawa meraka pasukan yang berpengalaman untuk jaringan kedua juga berpunca dari Dani Alves yang membuat hantaran lintang kepada Higuain.