Bas pasukan Dortmund diserang, tiga siri letupan berlaku

2017-04-12 9,074

Bas yang membawa pasukan dalam Bundesliga Borussia Dortmund diserang diserang dalam tiga siri letupan, awal pagi tadi.

Bas tersebut dalam perjalanan dari hotel menuju Stadium Borussia untuk perlawanan pertama suku akhir Liga Juara Juara menentang Monaco.

Letupan itu menyebabkan penjaga gol Sepanyol, Marc Bartra cedera dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Pihak polis berkata mereka percaya yang tiga siri letupan yang menggegarkan bas pasukan Borussia Dortmund disasarkankhas kepada kelab tersebut.