Sebuah pesawat Peru Airlines terbakar ketika mendarat di lapangan terbang Jauja di wilayah Junin pada Selasa.
Bagaimanapun, kesemua penumpang dilaporkan selamat.
Menurut agensi berita China Xinhua, kira-kira 140 penumpang berjaya diselamatkan oleh 20 pegawai bomba, menurut akhbar harian El Comercio.
Kebakaran dipercayai berlaku ketika pesawat Boeing 737 penerbangan dari Lima melakukan pendaratan kira-kira pukul 5 petang.
Setakat ini belum ada sebarang laporan mengenai punca sebenar kejadian.