Duta Korea Utara perlu 'bayar harga yang mahal' jika terus hentam Malaysia

2017-03-03 2

Jika Kedutaan Korea Utara berterusan membuat kenyataan menyelar pihak berkuasa Malaysia, mereka akan terpaksa 'membayar harga yang mahal'.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak duta Korea Utara sewajarnya menghormati sistem perundangan, etika, budaya dan sistem diplomasi antarabangsa harus dihormati.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 Sesi 2014-2016, Majlis Belia Felda Malaysia di sini hari ini.