Warga Korea Utara, Ri Jong-chol yang dihantar pulang ke negaranya pada malam ini akan disenarai hitamkan daripada memasuki Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jong-chol dimasukkan sebagai individu yang tidak dikehendaki di negara ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 Sesi 2014-2016, Majlis Belia Felda Malaysia di sini hari ini.