Video: SpaceX bakal hantar 'pelancong' ke bulan tahun depan

2017-02-28 771

Syarikat SpaceX ( Space Exploration Technologies Corporation )mengumumkan akan menghantar dua pelawat berbayar ke bulan bagi perjalanan paling jauh manusia ke angkasa lepas, akhir tahun depan.

Sejak misi Apollo, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) pada 1960-an dan 1970-an, Amerika Syarikat tidak pernah menghantar lagi angkasawan ke bulan.

Ketua Eksekutifnya, Elon Musk, dalam satu kenyataan berkata "Kami teruja mengumumkan SpaceX diminta menerbangkan dua pelawat awam dalam perjalanan ke bulan akhir 2018 dimana ia memberikan peluang kepada manusia kembali menerokai angkasa lepas buat kali pertama dalam tempoh 45 tahun dan mereka akan melakukan perjalanan lebih pantas serta jauh ke dalam sistem suria berbanding sebelum ini"

Tambahnya lagi pelancong yang tidak dinamakan itu sudah membayar sejumlah besar wang pendahuluan dan pelancong berkenaan akan menaiki kapsul syarikat berpusat di California, Crew Dragon, yang dijadualkan menjalani ujian penerbangan pertama tanpa pemandu akhir tahun ini.

Free Traffic Exchange