Video wartawan Jepun kutip sampah di HKL

2017-02-24 1

Sekumpulan pengamal media dari Jepun membuktikan mengapa reputasi negara itu dikenali sebagai negara 'bersih'.

Ini berikutan sewaktu pengamal media tempatan dan antarabangsa lain sedang sibuk berkumpul luar Institut Perubatan Forensik Malaysia di Hospital Kuala Lumpur bagi mengumpul bahan berita mengenai kes pembunuhan Kim Jong-nam, mereka bertindak mengutip sampah.

Wartawan Bernama yang menyaksikan kejadian itu, Amirul Mohd Sajadi berkata beliau melihat dan merakam aktiviti yang dilakukan kumpulan terbabit.

Video yang dirakam Amirul pada 2.30 pagi pada 16 Februari lalu, kemudian menjadi viral di media sosial setelah memuat naik di Facebooknya.

Menurutnya, ketika dia sedang berkemas, dia melihat sekumpulan media dari Jepun masih berlegar-legar sambil memegang plastik beg dan mencari sesuatu.

Dia pada mulanya menyangka mereka telah kehilangan sesuatu, namun sangkaannya salah apabila mereka mengutip sampah di tempat di mana para media lain berkumpul di situ.

Kata Amirul, beliau berasa malu apabila orang luar yang membantu mengutip sampah sambil berasa kagum dengan disiplin yang ada pada mereka.