Seramai 27 pekerja asing tanpa izin termasuk 12 rakyat Malaysia ditahan pada Isnin lalu dalam satu serbuan awal pagi di sebuah ladang strawberi berhampiran Queensland.
Serbuan yang dijalankan pihak berkuasa Australia itu mengesan 27 pekerja tanpa izin menginap di rumah penginapan tersebut.
Daripada jumlah itu, 13 daripada mereka didapati menyalahi undang-undang iaitu mempunyai visa tinggal melebihi tempoh manakala 14 yang lain melanggar syarat visa.