DS Vida kecewa tidak diberi tempat duduk tonton AJL31

2017-01-24 1

Pengasas syarikat Vida Beauty, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dr Vida tidak menolak kemungkinan akan mengkaji semula tajaan program dan iklan bersama TV3.

Utusan Malaysia melaporkan beliau berkata, langkah itu diambil selepas beliau tersinggung dengan tindakan stesen televisyen tersebut yang tidak membenarkannya menghadiri Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur malam Ahad lalu.

Dr. Vida menyifatkan tindakan menghalangnya untuk hadir ke AJL 31 sebagai tidak profesional.

Namun, tegasnya, tindakan itu bukan bertujuan menjadikan isu tersebut sebagai platform untuk mencari publisiti murahan atau meraih simpati masyarakat.

Katanya, apa yang dilakukan ini lebih berbentuk pengajaran kepada pihak berkenaan supaya tidak mengulangi perkara tersebut pada masa hadapan.

Kredit: Video Instagram datoserivida

Free Traffic Exchange