TMJ jadi pengarah video perkenal jersi JDT 2017

2017-01-13 8,395

Umum mengetahui pelancaran jersi baharu kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) 2017 malam semalam dan seperti tahun-tahun sebelumnya JDT menerbitkan video promo rasmi bagi memperkenalkan jersi baharu mereka.

Namun tahun ini ada keistimewaan terhadap pembikinan video promo berkenaan yang diarahkan sendiri oleh pemilik kelab JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pengendali laman Facebook JOHOR Southern Tigers dalam komen balas terhadap pengguna Facebook mendedahkan bahawa 'video ini diarahkan sendiri oleh DYAM Tunku Mahkota Johor. Dari segi konsep jalan cerita, pemilihan pelakon, pemilihan lagu dan beberapa lokasi pengambaran semua adalah idea baginda'