Payung gergasi Masjid Nabawi tidak boleh digunakan

2016-12-20 2

Payung gergasi di perkarangan Masjid Nabawi tidak dibuka ketika solat Jumaat sejak tiga minggu lalu.

Ini dipercayai akibat pertelingkahan antara Majlis Hal Ehwal Dua Masjid Suci dan sebuah syarikat berkait dengan pembayaran menyebabkan 250 payung tersebut tidak diselenggarakan.

Akhbar Saudi Gazette melaporkan syarikat kumpulan SaudiBinladin tidak lagi menyelenggarakan payung automatik itu selepas gagal memperoleh kelengkapan alat ganti.

Dengan garis lintang 25.5 meter, setiap payung seberang 40 tan itu boleh digunakan untuk meliputi kawasan seluas 576 meter persegi

Free Traffic Exchange