Myanmar tidak peduli, OIC perlu jadikan Rohingya agenda utama

2016-11-24 3,043

Ulama Turki menggesa umat Islam memandang serius kekejaman yang terjadi kepada etnik Islam Rohingya.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Agama Turki, Prof, Dr Mehmet Gormez berkata "sikap tidak peduli umat Islam menyebabkan Myanmar meningkatkan tekanan terhadap umat Islam di negara itu"

Umat Islam Myanmar kurang diberi perhatian dan Myanmar tidak peduli etnik Islam Rohingya dan terus menyeksa mereka

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu menangani isu Rohingya sebagai agenda utamanya

Menurut penduduk, sekitar 50 wanita dirogol tentera dan 25 lelaki ditahan setakat ini seperti dilaporkan Utusan.