Nabi palsu sembur racun serangga untuk ubat penyakit

2016-11-23 6,775

Racun serangga berjenama 'Doom" menjadi bahan utama untuk seorang lelaki yang mengaku dirinya 'Nabi" di Afrika.

Lethebo Rabalogo berusia 24 tahun mendakwa semburan racun serangga itu akan menyembuhkan penyakit para pengikutnya.

Gambar ritual tersebut tersebar di media sosial dan menerima kecaman hebat para pelayar internet yang menyelar kebodohan pengikut 'Nabi" palsu berkenaan kerana tidak tahu membezakan antara yang baik dan buruk.