Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli mencabar Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding di kawasan itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Daripada semua reaksi ekoran sabitannya di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) pada hari Isnin, Rafizi berkata, yang dia tidak tahan adalah dari Shahrizat.
Rafizi didapati bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah OSA dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan pada hari Isnin, dan hukuman itu berjalan serentak.