'Penangan' pulut kuning, chef Malaysia juarai pertandingan memasak antarabangsa

2016-11-11 5

Pulut kuning, rendang daging dan serunding ditambah dengan otak-otak, acar dan sambal udang berserta sate menjadi menu juara pertandingan 'Embassy Chef Challenge 2016' di Ottawa, Kanada.

Masakan chef Safura Tawil yang merupakan chef yang berkhidmat di kediaman Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Ottawa menewaskan menu masakan chef dari negara Sepanyol, Kanada, United Kingdom, Jamaica dan beberapa negara lain.

Juri pertandingan adalah Mrs. Margaret Dickerson, seorang pakar makanan dan hiburan, Chef Tim Wasylko, chef kepada Perdana Menteri Kanada, dan Chef Marc Lepine, chef terkemuka di Kanada dan pemilik restoran ternama Atelier di Ottawa.

Lebih manis chef Safura adalah peserta termuda dalam pertandingan ini dan tahniah anak Malaysia, kami banggsa dengan anda