Pilihan raya presiden AS, persaingan semakin sengit

2016-11-09 1,399

Keputusan di lima kawasan panas pilihan raya presiden Amerika Syarikat setakat ini menunjukkan persaingan sengit antara calon Republikan, Donald Trump dan Demokrat Hillary Clinton.

Di Florida, kawasan dengan 29 undian pemilihan menyaksikan penguasaan Trump sebanyak 49% dengan 4,526,257 undi, manakala Clinton dengan 48 peratus dan 4,388,249 undi.

Ini diikuti Pennsylvania dengan 20 undi pemilihan dikuasai Clinton dengan 57 peratus dan 727,638 undi manakala Trump 40 peratus dengan 506,132 undi.

Secara keseluruhan Trump kini mendahului dengan 140 undi manakala Clinton dengan 104 undi. - Agensi