Perdebatan kedua-dua calon presiden Amerika Syarikat, AS ke White House, berlangsung hari ini,
Jika menang, calon daripada Republikan, Donald Trump memberi amaran akan mendakwa dan memenjarakan pesaingnya, Hilarry Clinton.
Katanya, beliau akan mengarahkan peguam negara untuk mendapatkan pendakwa khas untuk mendakwanya kerana begitu banyak pembohongan dibuat Clinton.
Memberi reaksi kepada kenyataan itu, calon Parti Demokrat itu dalam responsnya berkata: "Nasib baiklah seseorang yang berperangai seperti Donald Trump tidak dipertanggungjawabkan menjaga undang-undang di negara ini."