Gambar pelukan, tangisan dan doa anggota Tentera Darat Malaysia bersama keluarga mereka mendapat perhatian para pelayar internet sejak ia dimuat naik ke laman sosial.
Mereka adalah Kumpulan Pertama MALBATT 850-4 diketuai oleh Kol Nazim bin Mohd Alim melibatkan penyertaan 63 pegawai dan 574 anggota Tentera Darat dari pelbagai Kor termasuk 1 pegawai dan 11 anggota wanita dalam misi pengaman ke Lubnan.
Rata-rata pelayar memberikan kata-kata semangat buat para perwira dan perajurit serta ahli keluarga yang ditinggalkan demi tugas buat negara.
Tidak kurang juga yang memberi ucapan 'Salute' buat semua anggota yang terlibat.