Sebuah video yang dimuat naik Otai BERSIH di Facebook memaparkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berjoget dengan beberapa orang Menteri kanan selepas tamat sambutan Hari Merdeka ke-59 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos lalu.
Antara yang berjoget bersama Apandi adalah Menteri Komunikasi dan Media, Datuk Seri Salleh Said Keruak; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tunku Jaafar; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nancy Shukri.