Video: Hujan di Makkah ceriakan penduduk, jemaah haji

2016-08-29 4,439

Walau hanya kira-kira lebih 15 minit, namun hujan lebat yang melanda kota suci, Makkah benar-benar menceriakan penduduk setempat dan juga ribuan jemaah haji untuk menunaikan rukun Islam kelima.

Ini kerana hujan pada kira-kira pukul 4.30 petang pada waktu tempatan itu dialami selepas kali terakhir ia menyirami kota suci itu pada Ramadan lalu.

Suhu di Makkah lazimnya mencecah antara 40 hingga 43 darjah Celsius.

Video: Bernama