Regim Israel melakukan satu siri serangan udara di Semenanjung Gaza malam tadi dengan mensasarkan kedudukan Hamas sebagai tindak balas kepada serangan roket Palestin yang melanda sebuah bandar sempadan Israel.
Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf al-Qidra berkata dua rakyat Palestin, termasuk seorang budak lelaki berusia 17 tahun, cedera ringan.
Pegawai Palestin berkata hampir semua serangan udara berlaku di utara Gaza, berhampiran sempadan Israel.